Friday, November 22, 2013

PANDUAN MENJAGA KEBERSIHAN ALAT SULIT

- Membersihkan bahagaian luar kemaluan selepas buang air kecil atau besar, seelok-eloknnya menggunakan air

- Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

- Elak daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukan jari atau pancutan kedalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dalam faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

- Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Setengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

- Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan optima.

- Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).

- Elakkan memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh,tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

- Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakia pantyliner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

kami di Jamu Susuk Dara dapat membantu anda dalam penjagaan kebersihan alat sulit..

Mahu khidmat rundingan percuma Jamu Susuk Dara?



No comments:

Post a Comment